Catatan Aidiladha tahun ini

Jam 3.00 petang, kami menuju ke rumah maklang Pah-Paklang Jit, yang terletak di taman Bandar Tasik Kesuma. Buat julung-julung kalinya sambutan 'family gathering' di rumahnya. Kemeriahan di sana membuatkan saya rasa sedikit 'cemburu'. Cemburu kerana 'kemesraan' dan 'kasih sayang' mereka masih segar dan mekar, berbanding apa yang dapat saya rasakan disebelah saudara mara disebelah saya. Namun syukur alhamdulillah, saya masih ada mak, abah, adik-adik, ipar duai serta keluarga saudara mara terdekat yang masih kuat, utuh dan prihatin kepada keluarga kami, dan menyokong kami dalam segala hal.
Walaupun tanpa Hamim, Acik dan A`mru (di Bt.Arang), Azrin (di Beirut), Munirah dan Ukasyah (di KSS) serta paknjang dan maknjang sekeluarga tidak dapat berada dalam majlis keluarga hari itu, namun kemeriahannya tetap sama. Senyuman, ketawa, gembira menjadi penyeri aidiladha kali ini. Sesekali terdetik juga, bagaimana suasana kemeriahan di Jejawi. Walaupun saya tidak berada di sana, namun saya dapat rasakan, mak dan abah pasti gembira dengan kepulangan anak-anak dan cucu tersayang menyerikan sambutan aidiladha di sana. "Selamat hari raya buat mak dan abah tercinta, begitu juga buat Hamiz, Aiman, Musab, Ani dan Aufa, tak lupa juga buat Taisir yang berada di Mesir, maaf zahir dan batin dari Hafiz, Along dan Hilyatulhusna buat semua"

Semoga aidiladha kali ini, menjadikan kita manusia yang baik dan bertaqwa dengan memahami pengertian korban yang sebenarnya di kehendaki agama. "Selamat Hari Raya Aidiladha Maaf Zahir & Batin"
Ulasan
Catat Ulasan