Amirul, PSRA dan UPSR - Tahniah!
TELEFON mula berdering. SMS masuk bertali arus menanyakan UPSR sekolah masing-masing. Semuanya teruja menanti keputusan penuh debaran. Bagi saya, debaran keputusan UPSR sedikit pun tidak bertiup di sanubari saya. Entah mengapa… saya pun tak faham. Mungkin kerana saya tidak melalui sistem persekolahan nasional. Namun begitu, tempias “ingin tahu” pencapaian UPSR sekolah tetap ada, mungkin kerana sudah berada di arus pendidikan. Mau tak mau, perasaan itu pasti berbenih apabila bergelar seorang guru.
“Sekolah kita 9 orang dapat 5A, yang 4A 1B tak kira lagi… dalam belas-belas jugak la” ujar Pn. Nawal melalui telefon. “Haa adikkk! Adik dapat berapa A ha? Nak call mak lah” sahut isteri saya sambil mencapai handphone yang berada di atas sofa. Saya yang masih terpinga-pinga dengan situasi itu baru terperasan, rupanya si Amirul Firdaus (adik ipar) juga sedang menanti keputusan dengan penuh debaran.

Apapun tahniah buat Amirul Firdaus dari abang hafiz, along dan hilyatulhusna. Sesungguhnya kejayaan itu adalah hadiah buat diri adik. Banyak bersyukur pada-Nya yang menganugerahkan kecerdikan dan kebijaksanaan sebagai alat untuk mencari ilmu. Ilmu itu di datangi (dicari), bukan mendatangi. Justeru untuk memperoleh ilmu pasti dengan usaha. Syair arab ada terungkap:
“Andainya ilmu itu dapat diperolehi dengan angan-angan,
nescaya takkan ada di bumi ini orang yang jahil”
salam abg hafiz..
BalasPadamdh knal amirul firdaus..
baru cam bila tgk muka..