Antara percaya dan tidak

Persoalannya; bagaimana dengan (sebilangan besar) imam-imam di kampung-kampung? Atas "merit" apa mereka dilantik?. Atau mereka dilantik dengan kuasa "tangan ghaib" orang politik? atau yang bekerja untuk maslahat org politik? Di atas instrumen apa mereka dinilai? Tidakkah Rasulullah telah memberi kriteria-kriteria untuk memilih imam? Mengapa tak di ikut? Kununnya pengamal sunnah! Sunnah apa yang di ikut? Apakah sunnah itu hanya diteladani dalam soal-soal yang berkaitan dengan wirid jamaah, basmalah jahr atau sirr, qunut subuh atau tidak? Baginda SAW bersabda:
"Hendaklah dipilih menjadi imam pada suatu kaum mereka yang faqeh bacaannya, seandainya mereka sama (kelayakannya), hendaklah yang lebih megetahui sunnah, maka seandainya mereka sama (kelayakannya), hendaklah yang lebih dahulu hijrah, seandainya mereka sama (kelayakannya), maka hendaklah memilih mereka yang lebih berusia....... " (riwayat Muslim - Riyadhus Solihin, Bab 44, bil. hadis 348)

Saya juga merasa kesal atas kenyataan, beliau merasa dukacita dengan kerajaan Pakatan rakyat (PR) dalam isu tauliah ini. “Dukacitanya, (kerajaan Pakatan Rakyat) Selangor yang dikatakan cuba membawa agenda reformasi dan perubahan, tetapi undang-undang seperti ini masih ada,” katanya. (malaysiakini)
"Mengapa kerajaan PR yang dipersalahkan, mengapa tidak dihalakan sahaja senjata itu kepada "payung" tempat JAIS bernaung. Bukankah institusi agama di setiap negeri duduk kuasa di bawahnya? sehinggakan kuasa melantik pengerusi majlis agama atau jabatan agama mesti mendapat persetujuan darinya? atau bimbang dengan tekanan-tekanan yang mungkin datang?" saya terus menggomel seorang diri, sekalipun anak saya bertanya "abah cakap dengan sapa?" soalnya minta penjelasan.
Dari sudut yang lain, saya melihat Dr.Asri dikalangan yang beruntung. Kenapa? Sekali dia diuji, sokongan yang diraih sangat hebat. Lihat sajalah, pemimpin mana yang tidak membelanya. Baik dikalangan PR atau BN sama-sama menyokongnya. Bukan sekadar itu, Marina Mahathir juga datang ke mahkamah sampaikan pesanan ayahnya. Hebat kan!
Namun, bahasanya lunak bila menegur pemerintah, tapi sinis dalam menegur pembangkang. Kalau kerajaan PR di Selangor membuat dia berdukacita dek isu tauliah, bagaimana pula pihak yang JAIS bernaung di bawah bidang kuasanya? adakah beliau turut berdukacita dengan pihak tersebut? Kalau juga berduka, mengapa di sembunyikan kan pihak itu?
Sebenarnya antara percaya dengan tidak.
sokong 100% tulisan hang ni.....hapuskan undang2 penjajah yg menyekat peneyebaran Islam
BalasPadamdr asri pernah menghalang 3ulama yaman mengajar diperlis tanpa tauliah.sila lihat http://beritamalaysiakini.wordpress.com
BalasPadam