TAHNIAH ANAKANDA MUHAMMAD FARUQ!

". . . berjaya khatam hafazan Al-Quran satu KEMULIAAN namun menjaganya di dada adalah satu PERJUANGAN".


SYUKUR pada Allah SWT atas limpahan kurniaan ini. Cita-cita sekian lama akhirnya terlaksana dengan izin-NYA.

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin semangat untuk terus maju dalam hidup di dunia dan juga akhirat.

"Hari ini Awok buktikan yang Awok boleh melakar impian sekalipun pada mulanya pernah ada rasa putus asa disebabkan bebanan mata pelajaran yang mesti dihadap bagi setiap murid tahfiz sains. Demikianlah asam garam hidup apatah lagi bagi seluruh penuntut ilmu. Tiada jalan pintas untuk berjaya. Proses mesti berlaku dengan tempoh masa tertentu. Kita hanya berdoa pada Allah dan percaya kepada prosesnya. Trust the process".

Empat tahun adalah satu tempoh masa yang panjang. Bermula 7 April 2022 dan tamat pada 22 April 2026. Banyak emosi, masa dan wang ringgit terpaksa dikorbankan. Justeru peliharalah al-Quran yang sudah melekat di dada. Jadikan al-Quran perisai kepada diri untuk menongkah liku-liku kehidupan yang sarat dengan cabaran. Abah dan umi sentiasa doakan semua anak-anak berjaya dan menjadi anak-anak soleh penyejuk mata kami.

Selepas ini giliran Faqeeh pula diikuti Hanan dan Faieq insyaallah. Semuanya menjadi huffazul quran.

Sentiasalah Awok membimbing adik-adik agar turut sama melakar kejayaan seperti Awok.

Now, dah boleh tumpukan kepada SPM yang bakal diduduki pada disember 2026. Tak lama dah. Lagi 8 bulan. Insyaallah SPM pun Awok akan dapat keputusan yang baik.

Tahniah anakanda Muhammad Faruq dari abah, umi, kakak dan adik-adik !.

Ulasan

Catatan Popular