Raya Pertama EIDUL ADHA 1447 dengan Abah Tercinta !


"Abah ada nak pi mana-mana ka hari ni? Kalau ada teringat nak pi mana-mana bagitau Hafiz na".

Masa makan tengahari tadi teringat nak bawah abah keluar dari rumah tengok suasana luar rumah memandangkan cuaca pun tak hujan sangat.

Lagipun dah lama abah tak keluar selain faktor cuaca yang tak menentu (sat hujan sat panas) jadi halangan, kondisi kesihatan juga menjadikan dia lebih selesa dibiliknya sahaja.

" . . . HARI NI KITA PI JUMPA SYUKRI BUKIT KERANG MAU DAK ? ". sambut abah.

" . . . insyaallah abah. Lepas asaq kita pi. La ni abah naik katil berehat dulu. Kita tak payah call depa. Kalau ada rezki depa ada rumah ada la rezki kita".

-   -   -

Alhamdulillah rezki mereka dapat bertemu mata. Sekian lama tidak berjumpa. Banyak jugak la kisah-kisah yang dibualkan. Saya hanya memasang telinga dan cuba membantu dua tiga hal yang boleh membantu ingatan abah ketika dia nak bercerita.

Tapi gitu lah.
Yang nak membantu pun bukannya tau semua benda. Ada yang tepat ke sasaran dan banyak juga yang tersasar🤭.

Tak kisahlah . . .  yang penting dapat bawak abah keluar ambik angin baru. Tengok jalan raya, tengok kedai-kedai, tengok lampu-lampu. Dapatlah menyegarkan maklumat dan emosinya. 

Solat maghrib kami di Masjid Tuanku Syed Putra. Usai solat ada dua tiga orang yang mengenali abah berbual ringkas dengan nya.

" . . . YANG TATSAT TU NAMA APA NTAH. MUKA ABAH CAM TAPI NAMA DAH TAK INGAT". 

Rewang-rewang santai kami berakhir di KFC🫣. Kedai mamak semua katup kot. Raya pertama kan ! 

Demikianlah 'padu' nya Restoran Mamak. Bila dia katup, bersesak lah kedai makanan segera HAHAHA. Wa ILLA Fa LAAA😋😋.

SELAMAT EIDUL ADHA
تقبل الله منا و منكم صالح الأعمال

10 Dzulhijjah 1447
27 Mei 2026 Rabu.
5:30 petang - 9:00 mlm

Ulasan

Catatan Popular