Doa majlis penutup perkhemahan SKC-UiTM 2025

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim . . .

Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,pada saat yang penuh makna ini, kami menadah tangan, memohon setulusnya kesyukuran atas nikmat dan rahmat-Mu.

Dengan izin-Mu jua, kami telah menempuh tiga hari dua malam yang penuh ilmu, pengalaman, dan kebersamaan.


Ya Allah Ya Dzal Jalaali wal Ikram . . .


Terima kasih kerana mempertemukan kami dalam suasana yang penuh kasih sayang dan ukhuwah ini.


Kami belajar bukan sekadar tentang kemah, hutan dan cabaran, tetapi tentang erti kerjasama, kesabaran, dan keikhlasan dalam setiap langkah kami.


Berkahilah segala usaha ini samaada dari pihak SKC mahupun UiTM.


Ganjarilah usaha-usaha ini dengan pahala yang berlipat ganda, janganlah kerjasama ini menjadi noktah antara SKC dan UiTM, bahkan pertemukanlah kami lagi dalam siri-siri kerjasama yang lain agar sama-sama dapat menyumbang kearah kebaikan mendidik anak bangsa.


Allahumma Ya Munzilal Barakah . . .


Jadikanlah setiap kenangan di perkhemahan ini sebagai kenangan yang mendidik jiwa, menguatkan semangat kami untuk terus berjuang, menuntut ilmu, dan berbakti kepada agama, bangsa dan negara.


Ampunkanlah dosa kami,

ampunkanlah dosa kedua ibu bapa kami, guru-guru kami, dan sahabat-sahabat kami.


Peliharalah kami semua // di bawah lindungan kasih dan rahmat-Mu.


رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً، وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً، وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ.


وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ، وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِينَ، 

وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ.




Ahad 09 November 2025

Ulasan

Catatan Popular