Doa Majlis Graduasi Tahun 6 – SK Chuping

 

Dibacakan oleh adik Muhammad Adam Wafi Bin Tajuddin pada sabtu 13 Disember 2025.


-     -     -     -     -


Doa Majlis Graduasi Tahun 6 – SK Chuping

 

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

الْحَمْدُ لِلّٰهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ، وَالصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ عَلَى أَشْرَفِ الْأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِينَ،وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِينَ.

 

Ya Allah, Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Pada hari yang penuh makna ini,

kami berkumpul sebagai anak-anak didik,

dengan hati yang penuh syukur

atas segala nikmat dan rahmat-Mu.

 

Engkaulah yang membuka pintu-pintu ilmu,

Engkaulah yang mengurniakan cahaya hidayah,

Engkau juga lah yang memasukkan rasa cinta dan sabar,

ke dalam hati para guru kami,

sepanjang mereka mendidik kami.

 

Ya Allah Ya Rahim . . .

Pada hari graduasi ini,

kami ingin menzahirkan penghargaan yang tidak terhingga buat guru-guru kami.

 

Mereka telah mengorbankan masa, tenaga dan perasaan,

mengajar kami membaca, mengira dan berfikir,

membimbing kami mengenal baik dan buruk,

serta menegur kami dengan penuh kasih dan sayang.


Jadikanlah segala penat lelah mereka

sebagai amalan yang Engkau terima.


Lapangkanlah hati mereka,

murahkanlah rezeki mereka,

sejahterakanlah keluarga mereka,

dan kurniakanlah kesihatan serta kekuatan kepada mereka,

untuk terus mendidik adik-adik dan generasi-generasi akan datang.

 

Ya Allah Ya Muhaimin . . .

Jadikanlah kami anak-anak yang sentiasa mengenang jasa,

yang menjaga nama baik sekolah dan guru-guru.

Kurniakanlah kepada kami kejayaan di dunia dan di akhirat,

permudahkanlah perjalanan kami ke sekolah menengah nanti.

Campakkanlah dalam hati kami perasaan dahagakan ilmu.

Kerana ilmu tak mungkin diperolehi dengan angan-angan semata

juga jauhkanlah kami dari segala perkara yang memudaratkan

dan lebih penting lagi,

janganlah semangat untuk belajar ini lesu dan hilang dari dada kami

 

Ya Allah Ya Dzal Jalaali wal Ikram . . .

Limpahkanlah keberkahan pada majlis ini,

dan jadikanlah perpisahan ini

sebagai permulaan kepada sebuah perjalanan baharu

yang penuh dengan cita-cita dan harapan.

 

ربنا ءاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ.

وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِينَ، وَالْحَمْدُ لِلّٰهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ.

Ulasan

Catatan Popular