MAN JANDA (JADDA) WAJADA

 " MAN JANDA WAJADA "

MINGGU PERTAMA anakanda darjah 1 kami ke sekolah membawa banyak perubahan yang dapat kami kesan. Selain ringan tulang untuk solat waktu dan bangun awal pagi ke sekolah, dia juga suka bercerita aktiviti bersama kawan-kawan dan meniru gaya-gaya dari para asatizah dan abang kakak pengawas.

' Abah Umi tau dak sekolah Faieq ada 5S '

5S? Apa tu? kami menunjuk minat.

SALAM
SENYUM
SOPAN
SUSUN
SELAWAT [sambil menggayakan pergerakan tangan].

Ustaz ustazah selalu cakap kena ada 5S.


Sepanjang kakaknya Hilyatul Hanan disitu tak pernah pun kami dengar dia bercerita tentang 5S atau hal-hal sekolah. Dia lebih bercerita aktiviti dengan kawan-kawan sekelasnya sahaja. Begitu juga apa yang dia belajar setiap hari. Semuanya dikongsi dan ia menyeronokkan !

Namun semenjak bongsu kami berada di sana, banyak juga hal-hal baharu yang kami tahu. Rupa-rupanya dalam diam dia merakam apa yang berlaku seharian disekolah.
Pernah suatu hari tak semena-mena dia pulang dan beritahu kami

" Faieq nak jadi pengawas !"
" sebab apa adik nak jadi pengawas?"

". . . pengawas boleh cakap berdiri semua, luruskan barisan, jangan bercakap🤭. Faieq suka🤣".

. . . dan yang paling Faieq suka kena sebut MAN JANDA WAJADA (dengan gaya menumbuk dada kiri).

BUKAN JANDA LA ADIK. JADDA ! JADDA !
MAN JADDA WAJADA
[kami yang terkezut dan ketawa cuba membetulkan sebutannya🤣].

Namun apakan daya walaupun cuba dibetulkan, JANDA jugak yang terpacul berbanding JADDA.

Takpalah Faieq. Nanti-nanti sebutan tu akan betul sendiri lah ye.

Terimbau kisah Muhammad Faqeeh ketika di TASKA Ummu Aiman dulu-dulu ni. Dia suka meratib doa

YA ALLAH TAMBAHKANLAH IBU (ilmu) KAMI
YA ALLLAH TAMBAHKANLAH FAHAMAN KAMI.

رب زدني علماً وارزقني فهماً


Abah Faieq

Ulasan

Catatan Popular