Doa solidariti Palestin

 Doa solidariti Palestin


Pada pagi yang penuh berkah ini, kami panjatkan doa dan hasrat kami kepada Mu, bersolidariti terhadap saudara-saudara seagama kami di Palestin agar di satu padukan hati mereka dengan kasih sayang. 


Perbaikilah segala urusanmereka.Cekalkanlah jiwa dan hati-hati mereka. Tsabatkan lah tapak kaki mereka dalam melawan musuh-musuh-Mu dan musuh-musuh mereka Ya Allah!


اللهم يا مالك الملوك ويا ذا الجلال والإكرام


Sesungguhnya regim ini telah melakukan kerosakan dibumi. Mereka bangsa yang degil. Bangsa yang tidak kenal erti diplomasi. Bangsa yang mesti diajar dengan serangan dan peperangan.


Bangsa inilah yang mendustakan para Rasul-Mu.

Bangsa inilah yang memerangi para kekasih-Mu.

Bangsa ini jugalah yang mencabul undang-undang keamanan dan kemakmuran di muka bumi ini.



Justeru Ya Tuhan !

Pecah-belahkan kesatuan mereka.

Hancur-leburkan kekuatan mereka.

Turunkanlah bencana-Mu yang tidak dapat dielak oleh orang-orang yang penuh dengan dosa.


Limpahkanlah perasaan gentar keatas mereka.

Kirimkanlah tentera-tentera Mu yang berada dilangit dan dibumi keatas regim yang kejam ini seperti yang pernah engkau kirimkan beburung kecil membawa batu-batu kerikil neraka diparuh dan kakinya, hingga jasad tentera bergajah lumat terbakar seperti dedaun yang dimamah ulat.


Juga seperti engkau kirimkan para malaikat di Badar, hingga jumlah yang ramai itu lumpuh dan tewas dengan keangkuhan mereka.




Ya Allah,

Sesungguhnya kami tiada daya dan upaya. Kami hanya mampu melihat dari kejauhan dan berdoa. Kerana kami yakin doa adalah senjata terampuh dalam kami bersolidariti kepada saudara-saudara kami di sana.


اللهم إنا نجعلك في نحور أعدائنا ونعوذ بك من شرورهم اللهم بدد شملهم وفرق جمعهم وشتت كلمتهم وزلزل أقدامهم وسلط عليهم كلبا من كلابك يا قهار يا جبار يا منتقم.


(Doa ini dibaca pada 30 Oktober 2023 di dataran SMK Mata Ayer)

Ulasan

Catatan Popular