DOA HARI ANUGERAH CEMERLANG
DOA SEMPENA HARI ANUGERAH CEMERLANG
Ya Allah,
bagiMu pujian seluruhnya,
bagiMu kesyukuran seluruhnya,
bagiMu kekuasaan dan ciptaan seluruhnya,
di tanganMu segala kebaikan, dan kepadaMu kembalinya segala urusan.
Sesungguhnya kami menadah tangan menzahirkan rasa syukur atas
iradah dan qudrah-Mu, yang telah menentukan dan mengizinkan kami untuk
berhimpun pada pagi yang berbahagia ini.
Ya Allah, Ya Muhaimin, Ya Aziz, Ya Jabbar,
Sesungguhnya kami berhimpun bersama-
sama pada pagi ini adalah bagi menyatakan kesungguhan dan keinginan
kami untuk membangun, membina serta mendidik diri kami dan anak didik kami agar terus bertakwa, berbudi dan berjasa pada agama,bangsa dan negara.
Oleh itu berkatilah dan rahmatilah pertemuan kami, berkatilah jua usaha-usaha kami, kurniakanlah kepada kami limpahan ilmu yang berguna dan kefahaman yang benar.
Satukanlah hati-hati kami & eratkanlah tali silaturahim dalam kalangan kami.
Padukanlah tenaga dan usaha kami untuk memartabatkan agama dan pendidikan secara bersama demi mencapai kecemerlangan dan
kegemilangan di dunia ini, lebih-lebih lagi dalam kehidupan akhirat kami.
Allahumma Ya MunzilarRahmah, Ya Fatihal barakah.
Terimalah usaha-usaha kami ini,
mudah-mudahan dengan usaha-usaha ini,
sekolah kebangsaan chuoing akan menjadi
sekolah yang cemerlang dan terbilang ,
sekolah yang disegani dan dihormati,
sekolah yang akan melahirkan murid-murid yang gemilang syakhsiyyah dan akademik
serta berjaya di dunia dan akhirat.
Allahumma Ya Dzal Jalali wal Ikram
Kami juga memohon daripada-Mu,
agar majlis pada hari ini dapat menjadi dorongan dan galakkan kepada murid-murid untuk terus berusaha dengan gigih dan tekun di dalam bidang kurikulum, ko-kurikulum dan aspek pembinaan syakhsiyyah unggul.
Moga suatu hari nanti, tunas-tunas ini akan menjadi insan hebat, menjadi tokoh-tokoh yg meneruskan legasi mendidik masyarakat, di mana sahaja mereka berada, jua dalam apa sahaja lapangan dan bidang yang mereka ceburi.
(Doa ini dibaca pada 21 Nov 2023 - SkChuping)
Ulasan
Catat Ulasan