PdPr dan Tulisan Jawi

 “. . . kelmarin (khamis) sambil-sambil buat tugasan sekolah, terdetik nak bagi latihan manual kepada murid-murid tahun 5. Saya tulis soalan atas kertas kemudian snap gambar seterusnya send melalui whatsapp”.

NAMUN sebelum nak boleh send latihan tu, dua keping A4 rosak. Rosak bukan sebab koyak atau tertumpah makanan ka apa ka. Rosak sebab tulisan tak menjadi. Tak kemas. Pegang pen pun rasa tak selesa.

Nak buat huruf هـ pun tak jadi. ذ dan ز pun terkadang macam nak sama saja. Bencana apa kah ini? Kalau sebagai cikgu pun nak tulis heyrot-peytot apatah lagi anak-anak murid yang terkadang menulis gigi س dan ش pun tak cukup 3 gigi.

PdPr memang cabaran bagi murid namun perlu di ingat kemahiran menulis guru-guru juga semakin terhakis. Mungkin subjek BM dan BI tidak terasa sangat. Ruang menulis rumi masih ada di lapangan lain.

Ada lagi ker? (Erm macam sama ja🤣MedSos semuanya taip ja).

Subjek PI dan BA sangat terasa krisis kemahiran menulis ni. (Ini apa yang saya rasa la). Tanpa sedar kemahiran ini akan hilang secara perlahan-perlahan.

Solusinya apa?

Ntah, coretan ini hanya berkongsi apa yang sedang dirasai. Selebihnya biar bijak pandai dan orang akademik pendidikan la memikirkan sejauh mana 'pro and con' isu ini.


Khamis 17/6/2021,

Kampung Sempering Ulu.

Gambar: Sekadar Hiasan buat-buat sibuk hahaha

Ulasan

Catatan Popular