MAMA DAH TERIMA VAKSIN PERTAMA.

 “ PENDAFTARAN untuk menerima vaksin semakin tinggi". Demikian disebut pemberita radio sekitar jam 2:30 petang tadi.

𝗦𝗬𝗨𝗞𝗨𝗥 𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗔𝗟𝗟𝗔𝗛 hari ni mama dan keluarga mertua saya naik nama untuk divaksin. Khabar ini sampai ketika saya berada di sekolah menguruskan beberapa perkara bagi melancarkan aktiviti PdPr yang sedang berlangsung.

Terima kasih juga kepada adinda Mohammad Mus'ab yang menguruskan pendaftaran Abah dan Mama melalui MySejahtera kemudian menemani mama sehingga selesai.


Cuaca panas, ramai yang beratur mengambil nombor giliran, berbagai bangsa sabar menanti nombor mereka dipanggil.

Saya pasti tak ada sesiapa pun suka dengan situasi begini. Usia mereka pulak lebih baik berehat dan tidur sahaja dirumah.

Namun semua itu diketepikan. Mereka korbankan waktu rehat dan sanggup berpanas, bersengkang mata demi perjuangan membebaskan negara dari pandemik yang cukup merbahaya ini.

𝗕𝗨𝗔𝗧 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗕𝗘𝗟𝗨𝗠 𝗠𝗘𝗡𝗗𝗔𝗙𝗧𝗔𝗥, ayuh sama-sama kita membentuk herd-immuniti. Selagi kita tak mendaftar selagi itulah slogan "kita jaga kita" takkan menjadi kenyataan.


اللهم إنا نعوذبك من البرص و الجنون و الجذام و من سيء الأسقام

Ulasan

Catatan Popular