Pasukan hoki SRAATI kempunan lagi !
REZEKI untuk ke final kejohanan hoki MSSPs belum lagi tiba. Pencapaian 2025 masih ditempat ketiga mengulangi pencapaian 2024. Namun persembahan pasukan ini jauh lebih baik dari tahun sebelumnya.
Mereka menyerang dan mendominasi permainan dimasa tambahan setelah terikat seri 1-1. Namun segalanya berubah hanya dengan satu 'counter attack' meranapkan harapan dan impian yang dipasak. Itulah petanda rezeki pasukan ini belum lagi menyebelahi mereka untuk mengintai peluang juara diperlawanan akhir.
Usai perlawanan ramai yang bersedih. Tidak kurang juga yang menangis. Apakan daya 'adat bertempur ada wiranya, kalah-menang adalah ketentuan-NYA'.
Setinggi penghargaan buat para guru SRAATI terutamanya Ustaz Muhamad Afif yang berjaya mencungkil bakat dan menanam minat anakanda kami dalam sukan hoki. Bakat ini mesti diasuh dan dikembangkan potensinya diperingkat menengah pula insyaallah.
Abah Muhammad Faqeeh
28 Ogos 2025 | Khamis
Stadium Hoki Kangar.
Ulasan
Catat Ulasan