CERITA KERETA PERTAMA KU

CORETAN TAK DAK KERJA !


" . . . sayang depa tak jaga. Dulu masa ada dengan Ustat, elok ja kereta ni. La dok tersadai depan kedai besi buruk"

-     -     -

HUJUNG minggu ni ambil peluang meninjau kereta kesayangan, nak melihat sendiri keadaan nya. Walaupun terdetik juga dihati nak beli balik sejurus dapat info kenderaan ni. Itupun andai kondisi tu boleh stat dan jalan, boleh lah dipertimbangkan untuk bawak balik legend car ni ke Sempering City🤣.

Setibanya dilokasi. Ternyata ia lebih teruk dari dalam gambar. Banyak yang dah rosak dan hilang. Takdak rezki nak memilikinya semula.

Kereta ni lahir pada tahun 1982 di Jepun. Didatangkan dengan dashboard dan interior asal serba merah. Siap dengan rear seat-belt  juga berwarna merah. Power Window depan dan belakang berfungsi dengan cukup baik.

Accord SA6 ni saya mula milikinya pada awal tahun 2006. Bayar secara ansuran kepada Abah. Berulang alik Perlis - Semenyih ketika cuti sekolah. Sportrim yang masih ada tu adalah perbelanjaan besar pertama saya berhabis untuk kereta ni hasil saguhati imam terawikh di Kampung Kubang Paya🤪.

Keciwiii KAHKAHKAH !

Sepanjang memiliki kereta ini sentiasa mendapat khidmat nasihat owner asal iaitu Pakngah Noq (Almarhum). Banyak ilmu yang dikongsi penjagaan kenderaan lama dan berusia ni.

Cerewet !

Ketika mula-mula dapat masuk maktab perguruan, inilah kenderaan yg diguna untuk ulang alik sekolah dan belajar ketika sesi cuti sekolah. Begitu juga ketika menyambung pengajian di Insaniah suatu masa dulu, dok ghagaih poshe ni la hahaha.

Antara kenangan yang takleh nak lupa ialah ketika berlaku banjir besar di Perlis. Banyak laluan utama ke Perlis ditutup. Dari Insaniah melalui highway PLUS shortcut jalan mana ntah belah Changlun nu bersama Ustaz Sopi Hasan ghanduk-ayaq bah. Rasa megah/puas sebab boleh redah air dan sampai ke Perlis dengan selamat.

Namun sadisnya, keesokan hari Honda KP ni tak boleh stat. Padan Muka😝! Hantaq pomen, teghebang 3 ratuih🥲.

KP2040 juga ada pengalaman kena towing dengan kenderaan PLUS. Masa tu raya aildilfitri di Kuala Kangsar rumah Opah Tokwan di Kuak. Dengan sut baju raya tu lah kami 3 beranak ditarik kerana meter temperature tiba-tiba mencanak. Kipas rosak !

Ada juga la pengalaman angkat tangan menyapa setiap kereta yang memotong kami menguntum senyum tanda sporting hahahaha.

Ok penat dah menaip. Tekan hurup lain, hurup lain yg naik. Jemm ! Jari ni tak la besaq sangat.

Terima kasih kerana sudi membacanya coretan takdak pekdah ni🤣. Saja tulis tumpang teringat. Benda yg teringat pasti ada kenangan. Harapnya coretan ini menjadi kenangan di masa-masa hadapan.

TAK KENAL MAKA TAK CHINTA

Artikel asal :





 

Ulasan

Catatan Popular