Kisah kami di PS9

 

PETANG ni ambil peluang bawak abah pekena bihun sup di PS9. Di samping dapat tengok suasana orang ramai, dapatlah sekali-sekala ubah-ubah selera dan kalau ada rezeki dapat jumpa kawan-kawan. Mana tau ada kawan-kawan luar Perlis yang berkunjung mengenali abah.

Program nak bawak mai PS9 ni memang dah rancang dari awal. Cuma mintak satu ja (doa), harap hari dan masa kejadian nanti kondisi dan mood abah ok.

Alhamdulillah.
Aturan Allah cantik.

Lepas solat asar, abah 'bersetuju' untuk ke PS 'try' bihun sup. Ruang parking pun jadi mudah, walaupun semua ruang penuh dengan kenderaan, apatah lagi abang-abang RELA komited tercokoh dilokasi-lokasi strategik membanteras kenderaan-kenderaan nakal mengganggu lalu lintas.


Cari punya cari akhirnya rezeki kami park depan 'tong sampah' cadangan abang RELA.

Syukur sangat ! Dapat parking ini suatu rahmat !
Dekat sangat dengan khemah bihun sup !

Setelah meja dapat barulah saya beratur memesan makanan. Sedang asyik melihat manusia yang ramai mundar mandir dengan 'hasil tuaian' memenuhi jari-jemari mereka, terdetik dihati 'eihh banyak sungguh duit depa. Melontaq sungguh. Orang meniaga syok camni'.

Dengar cerita boost SafaMarwa Hijab sarat dengan pengunjung. Naik tangan PS kali ni ! Alhamdulillah (tumpang gembira).

Di corong speaker kami mengikuti slot 'react' bersama selebriti Wahida, Alif Sattar dan Ust Syihabuddin memeriahkan suasana petang di PS9 ini.

". . . erm (tempat ni) kosong ka?".
SILA-SILA. Jawab abah sambil cawan teh tarik ditangan.

Rupanya, tetamu semeja kami ni dari Taiping, Perak. Bekerja sendiri. Seorang diri ke PS dan menginap di Padang Sera. Katanya berdekatan masjid, hotel, homestay semua dah penuh. Tempat-tempat lain pun sama. Full house !

Saya tak merasa terkejut dengan kesungguhan beliau. Sekalipun Taiping tu jauh sebenarnya untuk berkelana ke Perlis untuk belajar, berseorangan pulak tu. Perasaan itu (barangkali) disebabkan saya dah mengenali saudara Rizal Azodin (PS8) dari Pulau Pinang merupakan peminat tegar PS ni. Beliau tak pernah 'miss' dari PS1 lagi.

Jadi . . . bila dah jumpa lagi 'otai', yang tak setanding beliau saya anggap 'regular' saja la sekalipun realiti sebenarnya itu adalah pengorbanan yang hebat. Tak ramai yang boleh buat !

KERUSI NI ADA ORANG ? pasangan suami isteri menyapa kami. Wajahnya seakan usia abah tapi nampak lebih 'smart' bila mengenakan 'jeans biru'. Kelihatan purba berjiwa muda.

". . . jemput duduk. Kami berdua saja. Dari mana?"
DARI JOHOR. Balasnya.

Setelah hidangan mereka sampai, perbualan kami jadi semakin rancak. Mereka bercerita panjang seronok makanan di Perlis ni. Murah katanya. Menginap (homestay) di Beseri. Dia perkenalkan diri sebagai Mustafa. Pencen tentera (jurutera).

Saya nampak Abah jadi seronok nak sembang. Ada isu bersama untuk dibualkan. Tentera kalau jumpa tentera 'habis meta' depa sembang. Kita nganga saja la.

Saya hanya pasang telinga sambil menikmati 'kopi ais tower'. Sedap wei ! Dia ada letak susu full cream buat topping😋.

". . . Pakcik Makcik kuat lagi ya drive dari Johor nu mai sini". 

KAMI BUKAN NAIK KERETA. NAIK MOTOR JE.

". . . uih tak sakit pinggang ka? Mesti motor besar ni". sambung saya cuba meneka.

EH TAK. MAKCIK DAN PAKCIK NAIK MOTOR ADV 160 JE. NAK BAWAK YANG BESAR ANAK-ANAK TAK KASI. LEPAS TU SUSAH NAK PARKING KALAU NAIK MOTOR BESAR NI.

Tergamam sat !
Ya lah. Naik scooter kot. Bukan  Versys !
Dah tu Johor nu. Bukannya Pantai Johoq !
Dah tu . . . umoq 70 tain lebih kot !
Kita naik EX5 pi kodiang pekena pasemboq pun kebaih habih, cubit tak rasa ooo 🤣🤣.

Pasangan ini jugak antara yang tak pernah 'miss' program tahunan Perkampungan Sunnah dari tema Al-Quran sehinggalah tema Jihad tahun ini. Kuat sungguh gelombang ilmu dalam diri mereka. Malu rasanya bila cermin diri sendiri.

Semoga Allah berkahi usia mereka, sihat tubuh badan dan membawa sesuatu yang bernilai sekembalinya mereka dari PS9 kali ini.

Seronok menyembang sampai lupa nak bayaq bihun sup 2 mangkok. Sampai roundabout Putra Palace baru sedaq makan tak bayaq.

Kacauu !

Mujoq la ada member yang masih di sana bantu buat bayaran.

Panjang sangat dah tulis ni. Tak sedar kata 'letih' orang nak baca. Selagi terlintas di kepala, nak saja berkongsi rasa dan cerita. Terima kasih buat yang sudi luangkan masa membaca.




Apa 'moral of the story' yang hampa dapat?

Masing-masing lah kan🤣🤭.

. . . tapi secara peribadi 'MoTS' nya ialah 'ayuh pakat beralih ke dunia 'scooter' dan lupakan seketika dunia 'kapcai' lebih-lebih lagi yang ada clutch. Menyusahkan kan 🤭🤣.

Selamat Malam !


Sabtu 04/05/2024
Perkampungan Sunnah (PS9)

Ulasan

Catatan Popular