Persaraan Kak Aishah !

 


Perjalanan perkhidmatan Pn. Noraishah Bt Mat Yusoh


Buat yang diraikan, izinkan saya membaca sedikit biodata diri.


Tanggal 28 ogos 1971, merupakan detik kelahiran beliau, bertempat di kuala Lipis Pahang .Beliau merupakan anak kedua daripada enam adik beradik, bagi tambatan hat pasangan bahagia Encik Mat Yusoh B Sidek dan Puan Zainab binti Talib.


Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebanggsaan Sg Koyan, bermula Darjah Satu hingga Darjah Enam. Meneruskan pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan Sg Koyan sehingga tingkatan lima.

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu.


Sebaik sahaja menamatkan alam persekolahan beliau terus mendapat tawaran pengajian peringkat Diploma di IM Perlis dalam bidang Plantation Industry Management pada tahun 1989 - 1992.


Lantaran minat yang mendalam dalam bidang perguruan beliau seterusna menyambung pengajian di Maktab perguruan Seri Pinang, Pula Pinang pada tahun 1994-1996 dalam bidang Matematik.



Hadirin sekalian.

Tanggal 21 Disember 1996, termeterailah ikatan hat pasangan sejoli Noraishah binti Mat Yusoh bersama pujaan hati YB Tuan Fakhrul Anwar bin Ismail.


Mengecapi bahagia, hasil pengkongsian hidup, mereka dikurniakan 6 orang cahaya mata, iaitu lima orang putera dan seorang puteri.


Didikan dan amalan untuk meraih keemerlangan di sekolah , dipraktikkan semasa mendidik anak-anakya sehingga masing-masing cemerlang dalam bidang mereka tersendiri. Alhamdulillah, benih yang baik jatuh ke laut menjadi pulau.


Dari sudut perkhidmatan beliau pula, beliau memulakan tugas sebagai pendidik di Sek Men Keb Agama Arau, Perlis bermula pada tahun 1997 - 2002.


Setelah 5 tahun menabur bakti di situ, beliau bertukar ke Sekolah Kebangsaan Chuping bermula awal tahun 2003 hingga 2023.


Hari ini, 2 Januari 2024, setelah berkecimpung dalam dunia pendidikan selama 26 tahun, beliau akhirnya memilih untuk bersara secara pilihan pada usia 52 tahun.


Sepanjang perkhidmatannya beliau merupakan seorang yang ramah, berdedikasi, sopan santun dan lemah - lembut. Namun dalam kelembutan ada ketegasan ketika menangani kerenah anak didiknya. Gaya penampilannya yang sederhana tetapi menarik sering menjadi idola rakan seiawatan dan anak didiknya.


Setelah 26 tahun mengerah keringat mencurah bakti maka pada hari ini tamatlah sebuah perjalanan yang panjang dalam dunia pendidikan.



Selamat tinggal suara-suara ceria,

Padang perhimpunan dan dewan perkasa,

Bilik darjah dan anak-anak keletah,

Bilik guru dan timbunan buku.

Selamat tinggal anak-anak didik semua

Jadilah anak bangsa yang berguna

Agar ilmu yang diberi bukan sia-sia.


Sesungguhnya telah banyak jasa dan bakti yang beliau tinggalkan. Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata.


Benar kata pepatah, patah tumbuh hilang berganti, tapi takkan sama dengan yang pergi.


Sama-samalah kita berdoa semoga beliau terus berbahagia dalam menjalani kehidupan baru selepas ini iaitu alam persaraan beliau.


Melati kuntum tumbuh melata,

Sayang merbah dipohon cemara,

Akhir kalam penyudah kata,

Moga bahagia di alam pesara.


(Kredit buat Ustazah Malina Manja).

Ulasan

  1. Seandainya dpt dhntikan masa
    Akanku kecap dlm mengenalinya
    Akanku selami erti suci hatinya
    Akanku dakap erat dia

    Walau hanya seketika
    Mengenali beliau amat bermakna
    Menjadi inspirasi buat semua
    Kenangan dgn beliau xpernah lupa
    Semoga kau sejahtera sntiasa

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular