Doa Majlis Penutup Bulan Kemerdekaan SKC 2023
اللهم يا رحمن اللهم يا رحيم
Jadikanlah kami hamba-hamba-Mu yang sentiasa bersyukur di atas nikmat yang melimpah ruah kepada kami.
اللهم يا منزل الرحمة و يا منزل البركة
Sempena Majlis Penutup Bulan Kemerdekaan peringkat sekolah, kami memohon ihsan-Mu Ya Allah, agar engkau kurniakan kepada kami nikmat kesejahteraan dan keselamatan yang berterusan, lindungilah kami daripada segala keburukan dan keaiban.
Peliharalah negara ini dari segala bencana yang memusnahkan seperti peperangan, gempa-bumi, banjir besar, penularan waba' penyakit, dan sebagainya.
Anugerahkanlah kami dengan kesihatan agar kami dapat berbakti kepada agama, bangsa dan negara tercinta ini.
اللهم يا ذا الجلال و الإكرام
Engkau rahmatilah Malaysia yang kami cintai ini. Peliharalah perpaduan di antara kami, hormat menghormati, percaya mempercayai, damai dan harmoni, suburkanlah kasih sayang mawaddah wa rahmah sesama kami, sekalipun kami berbeza bangsa bahasa dan budaya.
Lahirkanlah dari sulbi warga Malaysia ini generasi berakhlak, tinggi nilai dan budi, berilmu dan berpengetahuan, cekal dan kental menghadapi mehnah dan dugaan, justeru kami memohon kepada-Mu agar dikurniakan perasaan cinta kan ilmu, punya keinginan yg kuat menuntut ilmu, mahu membaca, mahu berfikir, mahu meneliti, mahu menganalisa dan punya perasaan ingin tahu yang kuat.
Semoga suatu hari nanti, negara ini kembali dihormati dan digeruni dunia.
اللهم إنا نسألك بنور وجهك الذي ملأ أركان عرشك ونسألك بقدرتك، التي قدرت بها على جميع خلقك، نسألك اللهم أن ترحم شعب ماليزيا.
اللهم جَنِب وطننا الفِتن ما ظهر منها وما بَطَن. اللهمّ يا رب يا خير حافظ، نسألك ربّنا أن تحفظ وطننا الغالي من الفِتن، وأن تردَّ عنه كيدالأعداء، وأن تجعل أهلَه آمنين في رحمتك يا ربّ العالَمين.
ربنا آتنا في الدنيا حسنة وفي الآخرة حسنة وقنا عذاب النار
(Doa ini dibaca pada 14 September 2023)



Ulasan
Catat Ulasan