KAMI RINDU MAMA !

๐Ÿฎ๐Ÿฌ.๐Ÿฌ๐Ÿฒ.๐Ÿญ๐Ÿต๐Ÿฑ๐Ÿฏ - ๐Ÿฎ๐Ÿฎ.๐Ÿฌ๐Ÿฒ.๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฎ bersamaan ๐Ÿฎ๐Ÿฎ ๐——๐˜‡๐˜‚๐—น๐—ธ๐—ฎ๐—ฒ๐—ฑ๐—ฎ๐—ต ๐Ÿญ๐Ÿฐ๐Ÿฐ๐Ÿฏ telah kembali kerahmatullah ibu kami Hajjah Khariah Binti Ariff, hari rabu jam 4:02 petang di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) kompilasi kuman dalam darah.

Sungguh berat menahan perasaan kehilangan seorang ibu. Pemergiannya membekas lama di jiwa. Kelopak mata tak pernah kering mengalirkan air nya. Mungkin ini adalah perasaan awal yg ditempuh oleh siapa sahaja yang kehilangan insan yang disayangi.

Kini hanya tinggal kenangan. Tiada lagi rutin memimpin tangan mama dari katil, menghulurkan tongkat kepadanya. Memimpin tangan ke bilik air. Menukar pampers nya, memandikan nya, menggosok badan dan berbagai lagi proses nya bagi memastikan mama segar sebelum menjamah makanan atau bersolat jemaah bersama-sama abah.

Hari ini adalah hari kelima mama tinggalkan kami semua. Setiap hari anak-anak mama akan berkunjung ke pusara. Walaupun itu tidak akan merubah apa-apa, namun ia sedikit terubat jiwa yang sengsara menahan rindu dan air mata selain boleh mengingatkan hakikat kehidupan yang sementara ูˆู„ู„ุฃุฎุฑุฉ ุฎูŠุฑٌ ูˆ ุฃุจู‚ู‰.

Terima kasih kepada saudara mara, sahabat-sahabat kami, kenalan-kenalan mama sepanjang perkhidmatannya sebagai guru, orang-orang kampung dan siapa sahaja yang berkunjung ke rumah menitipkan doa, menyumbang wang ringgit, memeluk erat membisikkan ucapan takziah dan kata-kata penguat semangat.


Ucapan terima kasih juga buat sahabat-sahabat yang melontarkan ucapan takziah dan doa melalui panggilan telefon, whatsapp dan medium medsos.

Begitu juga setinggi-tinggi ucapan terima kasih buat yang meluangkan masa bekerja (ada yang ambil cuti) untuk terlibat menguruskan dari mula proses memandikan jenazah dan menyediakan segala kelengkapan pengkafanan, menghadirkan diri bersolat jenazah di Masjid Al-Hasan dan ikut serta menyaksikan upacara kebumian, kami ucapkan terima kasih banyak-banyak atas masa yang sangat berharga itu.

" . . . Allah sahaja yang dapat membalas sumbangan anda semua ุฌุฒุงูƒู… ุงู„ู„ู‡ ุฎูŠุฑุง ูƒุซูŠุฑุง".

ุงู„ู„ู‡ู… ุงุบูุฑู„ู‡ุง ูˆุงุฑุญู…ู‡ุง ูˆุนุงูู‡ุง ูˆุงุนู ุนู†ู‡ุง


Kg. Jejawi Dalam

Menulis dengan airmata๐Ÿ˜ญ

#rindumama 

Ulasan

Catatan Popular