AJAIBNYA DOA
Pagi sabtu 16 Disember 2017 rombongan umrah saya tiba di Perlis. Kelihatan beberapa buah kereta sedang menanti kepulangan kami. Mata saya hanya tertumpu pada sebuah kenderaan Honda City Biru. Kelihatan isteri dan anak² di dalamnya. Setelah bas 'double-deck' kami selamat berlabuh, para jemaah bingkas turun dan mengambil beg masing².
Keletihan dan kelelahan musafir menjadikan kami bersegera menguruskan bagasi dan zam-zam masing². Bersalaman, berpelukan dan bersurai.
Dlm perjalanan ke rumah, saya menyedari beg sandang/silang tiada dengan saya. Saya cuba berhubung dengan Abang Din Drebar Bas dan beberapa jemaah. Ternyata gagal (clue/petunjuk).
Pada petangnya, satu panggilan masuk dari Cg. Arjunaidi. Katanya ". . . beg kelabu kecik ni kalau tak silap, saya bagi kepada keluarga makcik yang tak balik tu, sbb nampak kertas boarding pass ada celah beg tu. Ingatkan depa punya. Saya bagi kat depa la".
Saya cuba hubungi keluarganya beberapa kali ternyata beg tu tiada. " Allah..! Nak buat macam mana ni. Beg duit ada dalam tu. Mujoq passport tak dak dalam tu..!" ujar saya kepada isteri.
Tetiba teringat dua "situasi hilang" berlaku depan mata. Semuanya (dengan izin Allah) dapat balik. Satu di Mekah dan satu lagi di KLIA.
Di Mekah seorang jemaah "buat pala" (bukan jemaah saya) sehingga melewatkan perjalanan jemaah² yang lain untuk pulang ke Malaysia. Sahabat saya Ust Redho Hayati mengajak kami membaca doa yg diterima dari Ayahanda Ust Ahmad Fahmi Zam-Zam Albanjari. ALhamdulillah, lepas 20 minit jemaah tadi muncul "tanpa rasa bersalah". Ajaib kan..!
Satu lagi berlaku di KLIA. 3 bagasi jemaah saya tak muncul². Badan letih. Beg pulak hilang. Apatah lagi serabut dengan zam-zam 90 kotak tak muncul² lagi.
Sebagai muthowwif, agihan zam-zam yang mencukupi kepada setiap jemaah adalah 'tanggungjawab akhir' yang mesti dilunaskan. Jika tak cukup zam-zam..? Maknanya tugas muthowwif tak berhenti di situ..! Perlulah berurusan dengan pihak pentadbiran mencari 'jalan keluar'.
Ust Muhamad Nasbir (rakan muthowwif) ingatkan saya agar sama-sama bacakan doa tu.
ALhamdulillah lepas 15 minit yg penuh bercelaru itu, bagasi² tadi ditemui. Ternyata ia berada diruang belakang 'collect-bagasi'. Ajaib kan . . !
Apakah doa itu..!
يا جامعَ الناسِ ليومِ الجمع لا رَيب فيه، إجمع عليَّ ضالتي
ALhamdulillah setelah doa ini dibaca, beg sendeng saya dipertemukan dengan izin-NYA. Syukur..!
Doa ini bukanlah doa yang ma'thur dari Nabi SAW. Ia adalah doa yang pernah dibaca oleh Imam An-Nawawi rahimahullah. Pengalaman mengamalkannya, barang yang hilang dijumpai dengan izin-NYA.
Demikianlah hebatnya 'kuasa doa'. Mengadulah, berbicaralah kepada-NYA. Dia yang Maha Mendengar (السميع) sentiasa tanpa jemu mendengar keluhan dan keperluan hamba²NYA.
** beg sandang sampai kepada saya pada jam 10:30 mlm. Diserahkan oleh anak² Maklang Mahasa. Rupa²nya beg sandang ini dimasukan kedalam bagasi utama bonda mereka.
ABUL FARUQ® | 019-447 7944
Perunding Pakej Umrah Anda
AZZUHA GROUP TRAVEL & TOURS
Ulasan
Catat Ulasan