Persaraan ibuku Pn. Hajjah Khariah Binti Ariff

Pada 31 Mei 2010, berlangsungnya satu majlis persaraan rasmi perkhidmatan ibuku Pn. Khariah Bt Ariff dari sektor pendidikan, setelah 33 tahun  5 bulan berkecimpung, memerah keringat mendidik anak bangsa. Beliau memulakan perkhidmatannya SMK Darul Aman, Alor Setar, dan kemudiannya berkhidmat di Sekolah Menengah Convent Sentol, Kuala Lumpur, Sekolah Menengah Mahawangsa, Jitra Kedah dan yang terakhir Sekolah Menengah Agama Arau, Perlis.

Ibu kepada 5 orang anak lelaki ini, pernah menjadi guru mata pelajaran Perdagangan, Simpan Kira & Ekonomi Asas dan Kemahiran Hidup. Sepanjang pengetahuan kami sebagai anak-anak, Pn. Khariah adalah seorang yang disenangi dan dihormati oleh rakan-rakan sejawatnya dan pelajar-pelajarnya. Sering saja rumah kami dikunjungi pelajar-pelajarnya, andai memerlukan sumbangan tenaga mereka. Antara perkara yang pernah kami dengar tentang ibu kami ialah 'Dia seorang guru yang komited dan berdisiplin, setiap kali ke sekolah name-tag tak pernah lekang dibajunya sepanjang beliau berkhidmat'.

Kini, Pn.Khariah sudah menamatkan kariernya sebagai pendidik di sektor perkhidmatan awam. Manakala anak-anaknya pula, baru sahaja memulakan kehidupan di alam pekerjaan. Semoga persaraan ini, menjadikan Pn.Khariah lebih rehat dan sihat, tenang dan gembira disamping anak-anak, menantu-menantu serta cucu-cucu yang semakin bertambah dan membesar. Semoga hidup berkat, dan beroleh rahmat dari-Nya aamin ya robbal a`lamin.

Ulasan

Catatan Popular