Ekspedisi ke Zoo Taiping & Lost World Tambun
Tiba di Zoo Taiping pada jam 11.40 pagi seperti yang dirancang. Sebelum masuk, perut yang agak kekejangan dari pagi tadi mesti di isi. Maka berselerakan masing-masing mencari lokasi u
Kami menghabiskan masa melihat macam-macam binatang dengan menaiki keretapi zoo. Kalau tak, boleh terpeleot kaki ni.
Serik sangat dah pusing Zoo Negara berjalan kaki. Disebalik kegembiraan di sana ada pengajaran. "Demi tuhan kami, tidaklah Engkau ciptakan semua ini sebagai sia-sia, maha suci Engkau, maka jauhkanlah kami dari azab nerakaMu"
1.40 tghari: Ekspedisi diteruskan menuju ke Lost World Tambun. Tempat yang sangat dinanti-nantikan oleh kanak-kanak dan dewasa. Alhamdulillah 3.15 ptg tiba di lokasi seperti yang dirancang. "wah cantiknya, tapi sbb apa nama Lost World?" saya bertanya pada kak Norma. "ntah, ustaz tengokla nanti kat dalam, mungkin ustaz akan dapat jawapan" jawabnya membiarkan saya dalam teka teki.
Walaupun harga tiket yang mahal (RM37 dewasa, RM24 kanak-kanak) pengunjung tetap berpusu-pusu kesini. Saya menilai berdasarkan banyak nya kenderaan yang "parking" kat luar. "mewah sebenarnya rakya M`sia ni, sekalipun negara menghadapi kemerosotan ekonomi, budget untuk bercuti ni diperuntukan banyak berbanding dengan yang lainnya" sambut Taisir.
Kami diingatkan agar terlebih dahulu menunaikan solat jama` dan qasr, takut-takut terleka nanti. Selesai solat, aktiviti mandi-manda pun bermula. Ada yang berkira-kira untuk menyewa pelampong, ada juga yang berhasrat nak meluncur dari terowong tinggi, malah ada juga yang berkira-kira untuk tidak mandi. Sekadar menemani anak-anak. Namun sebilangan besarnya bagaikan "itik" bermain air, meluncur bak kanak-kanak, dan berbagai ragam lagi.
Hampir 3 jam bermandi manda, ada yang pucat bibir dek lamanya bermain air. Kalau ikutkan hati pasti ada yang tak mau balik. Namun apakan daya, Lost World tutup jam 6.00 petang. Maka terdengarlah di hujung-hujung telinga rasa tak puas lagi mandi. Ada yang mula merancang nak kunjung semula Lost World Tambun ni. Lepas tu nak datang awal pagi, nak duduk sampai petang. "terserahlah labu... tempat camni siap duit je... ada pitih sumenya jalan" getus saya sambil tersenyum. Mujurlah ikut rombongan Pra Sekolah SKS ni, sekurang-kurangnya dapat tiket diskaun.
Kami bergerak pulang meniggalkan Lost World Tambun pada jam 6.30 petang dengan perasaan puas dan gembira. Semasa perjalanan pulang, semuanya terkulai layu, masing-masing melabuhkan badan dengan nyenyaknya, sekalipun sesekali keselesaan itu terganggu kerana jalan yang terhentak-hentak. Namun semuanya itu ibarat dipersetankan, rehat adalah segala-galanya. Tidak ada sesuatu yang mampu membeli harga sebuah kerehatan yang cukup mendamaikan. Laksana "orang mengantuk di sorongkan bantal".7.15 malam, kami berhenti di R&R Gunung Semanggol, untuk solat jama` dan qasr dan makan malam. Sebelum turun, kak Norma (ketua bas) mengingatkan para peserta agar tidak melengah-lengahkan masa yang ada, dan meminta semua berada dalam bas selewatnya-lewatnya jam 8.30 malam.
Kebanyakannya mencari juadah berat untuk santapan malam. Al-maklumlah masing-masing main air, dah tentu lapar. Bekal yang di bawa tak dibenarkan membawa masuk pulak. Maka makan nasi di R&R ibarat "mengayuh" basikal dengan laju. "Sabar , sabar! perlahan-lahan makan tu, jangan sampai tercekik" sapa isteriku.
8.40 malam, bas mula meluncur meneruskan perjalanan. Masing-masing dilihat "kuyu" biji mata. Kali ini tidur menjadi lebih selesa, kerana "tangki" sudah terisi. Tiada bualan malam di dengar sepanjang perjalanan pulang, yang tinggal hanyalah celoteh DJ Sinar f.m yang sesekali memutarkan lagu mendodoikan tidur kami.
11.15 malam, syukur alhamdulillah ekspedisi kami tiba dengan selamat. Masing-masing mengangkat beg sambil sesekali memanjangkan leher mencari waris masing-masing. Tak sempat nak berucapan "maaf-maafan" antara satu sama lain. Yeelah, semuanya penat dan letih.
Penutup coretan ini, saya dedikasikan ucapan terima kasih pada kak Maznah dan kak Norma (Guru Pra Sekolah) kerana melibatkan kami dalam ekspedisi hebat ini. "Best sangat! seronok sangat! pegalaman musafir yang best, percutian yang mengasyikkan" itulah yang mampu saya luahkan. Insyaallah kalau ada peluang rehlah lagi, jangan lupakan kami ye kak Maznah & kak Norma!
Selamat Malam...!


amboi.. sakan nye main air, mesti bestkan!
BalasPadam